Jumaat, 25 September 2009

Bila Akan Berkurangan...

Setiap kali musim perayaan, tak kira la raya puasa ke, tahun baru cina ker, deepavali ker mesti ada kes-kes cam gini.. apa sebenarnya yang perlu dilakukan lagi?? OPS SIKAP yang gomen buat sejak 4-5 tahun lepas sekadar mengira statistik kemalangan maut yang berlaku hampir setiap hari musim perayaan.. pencegahan?? ntah ler ada ke pencegahan?? setakat saman aku rasa pemandu2 kat malaysia dah biasa dah bayar, bayar saman macam bayar bil air& elektrik kat kaunter pejabat pos...

Aku teringat ada satu musim hari raya puasa waktu aku pulang berhari raya di kampung bini aku di Pantai Timur, jalan menghala ke Pantai Timur dari Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai di penuhi oleh peronda encik2 JPJ dan polis trafik. Apa mereka buat?? Ya buat pertama kalinya aku bersetuju yang mereka benar-benar bekerja bagi mengurangkan statistik kemalangan di jalan tersebut.. macam mana?? Mereka akan mendahului mana2 konvoi atau deretan kereta yang menghala ke sesebuah daerah.. di belakang sekali peronda trafik.. dengan cara ini mereka dapat mengawal kelajuan pemandu2 yang berada di belakang sekaligus memberi amaran kepada pemandu kurang ajar yang jenis memotong macam jalan tu bapak dia yang turap..

Dan aku rasa statistik kemalangan di jalan berkenaan berkurang pada tahun tersebut.. Masalahnya kenapa ianya tak diteruskan di lebuhraya Utara-Selatan yang banyak meragut nyawa setiap kali musim raya?? Pelik.. adakah kos tinggi yang menjadi ukuran?? Ntah le Menteri Pengangkutan jer la yang buleh jawab..

Lagi satu aku pelik jugak bila lori2 dan bas2 ekspres bawak laju semacam atas jalan.. bongok betul! Selfish!!! Aku doakan satu hari nanti diorg insaf.. tak langsung pikir masa depan orang lain..

So kepada mereka2 yang jenis bawak kenderaan macam jalan tu bapak dia yang turap..AWAS!!! Masa anda mungkin akan tiba... Beringat sebelum kena..


Ahad, 13 September 2009

Ganyang Sama Lu Orang!



aku cukup kagum dengan sifat nasionalis mereka
kalah jika nak dibandingkan dengan masyarakat kita disini
tetapi mereka ni cepat melatah dan begitu senang dipengaruh
oleh golangan-golongan tertentu untuk agenda dan kepentingan masing-masing
sehinggakan mereka bertindak agak keterlaluan

tetapi masyarakat kita disini masih lagi tenang
anggap tidak ada apa-apa perkara yang berlaku
masih leka menonton sinetron-sinetron dari seberang yang
dibarisi pelakon-pelakon wanita yang bermisai nipis
masih lagi mengundi lagu-lagu dari seberang di carta radio-radio tempatan

tetapi kalau perihal Kampung Buah Pala
perihal kuil di Shah Alam
perihal ISA
perihal kandang babi


LU ORANG MEMANG CHAMPION!


Tapi kalau benda-benda yang tak semenggah macam ni lu orang memang cepat. Cilake!





Sabtu, 12 September 2009

Tatkala Bulan Berwarna Biru

di saat aku keliru dgn propaganda politik,
di saat aku termenung dgn keadaan semasa,
di saat aku memikirkan masa depan anak bangsa,
aku terkedu melihat mereka berlumba di anak tangga..
bahayanya..,
itu sahaja termampu,
kerana aku tiada mampu...

di saat mata fokus memerhati,
di saat telinga asyik mendengar,
di saat hati berkata 'itu betul',
di saat akal berkata 'nanti dulu',
aku ke bilik cuma melenyapkan seketika nafsu gelora,

di saata badan terbaring separuh kaku,
di saat hati kacau dan di rasuk,
di saat akal masih bertahan dgn tenang,
pacaindera terganggu dgn haruman berahi,
aku ke dapur dan terus buka puasa!

aku terkedu!