Isnin, 30 November 2009

Tiada Yang Siapa Yang Menghalang........




Tiada FRU
Tiada Pancutan Air
Tiada Gas Pemedih Mata
Tiada Siapa Di Kasari
Tiada Permit.. eh ada kot??

Sastera - Bapa Penulisan Melayu Moden


Terbakar hati aku bila baca pandangan cetek Drs. M.Hum Sudibyo dari Universiti Gajah Mada melalui penulisan sasterawan negara Mazlan Nordin dalam kolumn di sebuah akhbar perdana tentang Munsyi Abdullah (1796-1854 M).
Perhatian! Munsyi Abdullah adalah merupakan Bapa Penulisan Melayu Moden sekitar tahun 1830 - 1854. Melalui karyanya yang pertama Syair Singapura Terbakar sehinggalah ke Hikayat Pelayaran beliau yang menjadi karya agung ketamadunan sastera nusantara. Drs.M.H.S seolah-olah memandandang remeh perubahan yang dibawa oleh Munsyi Abdullah terhadap perkembangan pendidikan bangsa Melayu pada waktu itu dengan hanya memandang keperibadian beliau yang memang akrab dengan penjajah-penjajah di zamannya.

Tidak dinafikan keakraban Munsyi Abdullah dengan Rafles memang tiada tolok bandingnya. Di dalam Hikayat Munshi Abdullah itu sendiri menceritakan bagaimana hormatnya Munsyi Abdullah dengan Rafles, tetapi kerana hormatnya Abdullah dengan Rafles, maka tinggi pula hormat Rafles kepada Abdullah. Maka setinggi-tinggi hormat itu hanya boleh di perolehi dengan ilmu yang ada pada Abdullah, bukan keran pangkat dan kekayaannya. Arakian Sultan yang juga kaya dan berkuasa pada waktu itupun tidak boleh menundukkan Rafles bangsa penjajah yang mengaut keuntungan dari kehebatan Melaka dan Singapura pada waktu itu, malah tertipu juga sultan yang memerintah Singapura pada waktu itu kerana ketidakupayaan beliau menguasai ilmu pendidikan.

Maka terdapat perbezaan antara mata Abdullah bin Muhammad Al-Misri tentang persekitaran penjajahan Belanda di tanah Jawa dengan mata Abdullah Munsyi dengan bangsa Melayu di bumi Melaka dan Singapura ketika di jajah Inggeris. Di Jawa, Belanda bertindak kejam dengan bangsa tersebut malah kita juga mengetahui kekejaman Belanda apabila mereka menguasai Melaka.

Persamaan kedua-dua penjajah ini ialah mereka tidak menghormati budaya orang lain, menjajah untuk kepentingan mereka dan bermacam lagi. Tetapi Inggeris tidak sekejam Belanda. Inggeris juga membawa perubahan, malah banyak perkara di bumi Malaysia ini masih lagi mengikut proses perundangan dari zaman penjajahan mereka. Ini realiti dan fakta yang tidak boleh diubah!

Maka untuk mengatakan Munsyi Abdullah memuji kekejaman penjajah adalah satu konspirasi negatif tanpa diketahui tujuaannya, kerana Abdullah juga menceritakan kekejaman Belanda dizaman pedudukan Belanda di Melaka. Apa yang dipuji Abdullah adalah corak pemerintahan Inggeris, cara pejajahan yang kebanyakkannya lebih bersistematik dan berperikemanusiaan.
Di awal penulisan beliau juga banyak memohon maaf kerana beliau juga mengkritik sikap bangsa Melayu yang selalu dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Bangsa Melayu yang pada ketika itu tidak berpendidikan hatta tidak mempunyai walau satu hurufpun untuk diterjemahkan di atas helain kulit. Beliaulah yang mengkaji setiap patah perkataan dan nahu untuk dijadikan huruf (didalam bahasa jawi) ketika itu sehingga diterjemahnya setiap perkataan dalam bahasa Melayu dan berhurufkan jawi. Kemudia datang Inggeris menjajah, dikajinya pula huruf romawi untuk di terjemahkan setiap perkataan bahasa Melayu di dalam suku kata berhuruf romawi.

Maka terpulanglah kepada generasi kita samada untuk mengenang dengan budi atau mengenang dengan keji tentang pengabdian seseorang tentang sesuatu perkara yang membawa kesenangan kepada orang lain.

Persamaan yang ditulis oleh Drs. M.Hum Sudibyo tentang penulisan Abdullah bin Muhammad Al-Misri dan Munsyi Abdullah banyak bezanya. Geografi mereka sahaja sudah berbeza, persekitaran mereka berduapun berbeza apatah lagi cara penjajahan yang dilakukan oleh 2 penjajah yang berbeza.

Ahad, 8 November 2009

Melayu dan Black Magic - Sihir la..


Al-kisah bercerita tentang 'black magic' dan bangsa Melayu, aku sedih dengan bangsaku sendiri. Di zaman segala bermacam benda serba canggih ni, masih ada lagi golongan yang menggunakan kepakaran tahyul ini untuk memenuhi tuntutan hasad dengki mereka. Tak puas hati aku!

Dah tu berhasad dan berdengki dengan bangsa yang seagama dengan mereka.. lagi bodoh!

Dan aku tak berniat nak bercerita tentang siapa yang menggunakannya, kepada siapa di tujukan, dan siapa yang memulihkan, tapi aku berharap mereka yang masih lagi mempunyai perasaan hasad dengki sesama bangsa dan menanam niat untuk menggunakan kepada mangsa yang seagama dan sebangsa dengannya, bertaubatlah.. kerana dunia kita bukan hanya dunia yang sementara ini.. akan ada hari pembalasan kelak...