Selasa, 1 Disember 2009

Bila Tidak Berilmu...


Para Nabi juga pernah berdoa mohon Allah S.W.T Melaknat Firaun (gelaran bagi raja dizaman itu) kerana kezalimannya..

APA PERSAMAANNYA??
Kerana RASUAH itu juga salah satu bentuk KEZALIMAN jua adanya..
Sedarlah, apa yang ingin di pertahankan oleh Tok Guru adalah HAK rakyatnya yang patut diterima 18 tahun yang lampau. Bukan isu 'DOA' tetapi isu 'HAK'.

KENAPA??
Terengganu sudah menerima HAK mereka sejak kerajaan sekarang memerintah.

APA HAK MEREKA??
5% ROYALTI dari hasil carigali minyak dikawasan negeri.

BERAPA??
Penggal Ke-2 2008, mereka menerima hampir RM460,800 juta (tempoh 6 bulan sahaja
Bayangkan HAK rakyat Kelantan selama 18 tahun yang TIDAK DITERIMA. Berapakah jumlahnya??

Sedarlah selagi kamu semua mahu mereka yang menzalimi hak kamu memimpin kamu, maka kesenangan hanya milik kamu sementara, bukan untuk generasi kamu kerana ianya bakal tergadai di tangan 'DALANG-DALANG WAYANG' yang kamu pilih...

Aku bukan FANATIK, tetapi aku melihat dari setiap kerdipan anak mata mereka yang rata-ratanya masih lagi mengayuh beca mencari rezeki, bersusah payah ke laut dengan kelengkapan yang mundur, menjemur ikan di atas para zink yang usang. Apa guna kesenangan aku jika saudara-saudaraku masih lagi begini nasibnya.. Mereka sepatutnya lebih mewah nasibnya berbanding aku di lembah BARAT yang hasil negerinya semakin kurang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan