Isnin, 31 Ogos 2009

Kenapa Kita Kena Puasa!

adapun makna berpuasa itu adalah 'menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengelakkan daripada melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa'

tapi...,

apalah maknanya kita menahan lapar dan dahaga kalau...

- tidur di siang hari dari pukul 6 pagi sampai 6 petang .. lepas tu yang betul puasanya sejam lebih sikit jer.. (harap maklum perbuatan ini adalah makruh, buleh kureng beb pahala puasa..)

- tapi kita menonton cerita-cerita hiburan di kaca tv dengan susuk tubuh artis2 wanita kita yang jenis pakai baju tak cukup kain... lebih2 lagi kalau kita perasan sekrg ada 2-3 kerat artis yg baru bergelar janda atau sinonim dengan gelaran 'mak jan' habis dah tercampak sumua tudung dan baju jubah yg baru jer beli dan pakai seminggu lepas kawin..kononnya nak berubah..

- bukan aje kat tv, time sambil2 beli juadah pon kita masih lagi berniat nak cuci mata, bukan dgn juadah, tapi dgn amoi2 yg tumpang sekaki dok sibuk beli sarapan petang kat pasar ramadhan.. putih2 gebu2 dengan short pants, lepas tu t-shirt tak berlengan.. ermmm nice! macam kueh samosa 0.70 kat bandar kinrara.. kecur air liur aku.. kat kuih samosa lah!

- beli juadah2 yang ntah apa rasa macam nak buat simpanan musim perang.. asal warna dia cantik nampak menarik, nah kau sekali beli RM 5.. itu baru kuih, belum dengan ayam percik, kuih samosa 0.70 kat bandar kinrara tu.. air tebu dgn air soya lagi.. kan ke membazir sume tu.. membazir tu sedara sape? ha.. kan syaitan dah jawab!

- lepas tu bila tibe masa buka pose, minum air macam duduk kat gurun sahara.., 2-3 kole sekali teguk.. bila perut dah kembung dgn air, tu dengan kuih RM 5 yag dah beli tadi, ayam percik, kuih samosa tu sapa nak makan...? membazir tak?

- bila dah kenyang, mula la berat jer.. nak betulkan kain pelekat dan masuk bilik air ambik air sembahyang.. ada setgh tu sempat pulak baring2 depan tv tengok trek selebriti lagi.. bilal dah melaung2 ni panggil suruh jemaah terawikh kat masjid..

- sambil baring2 tu terlelap la pulak.. dgn harapan buleh bangun buat isya' dgn tahajjud, tapi kalau yg benda senang nak control macam disebut di atas tak leh nak buat, sama2 la kita pikir sendiri...!

jadi renung2kan...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Uniknya Ramadhan

Tahukah anda permintaan beg plastik hitam ( bukan beg plastik sampah) di bulan Ramadhan adalah sangat tinggi berbanding di bulan-bulan Islam yang lain?

Kepada kutu-kutu "drivethru" sekalian, amalkan empat perkara ini :-

1. Minimakan pemilihan lauk-pauk.
2. Pilih air minuman yang universal seperti air sirap.
3. Sediakan wang cukup-cukup ketika membayar.
4. Beredar dari kedai dengan segera.

Rabu, 26 Ogos 2009

Badan Ketak Dalam Pembikinan


Tatkala gua sedang menulis entri ni gua baru perasan perut gua yang dulunya hanya satu pack kini sudah menunjukkan ciri-ciri ke arah enam pack. Baru masuk hari kelima berpuasa perut gua telah menunjukkan perubahan yang cukup memberangsangkan. Ini semua berkat usaha gua melakukan senaman perut dan dengan adanya losyen mustajab ia sedikit sebanyak dapat membantu.Terima kasih losyen mustajab!

Insyallah penghujung ramadhan ni gua akan dapat potongan badan yang ideal. Masa tu badan gua mesti dah sama line dengan Jihan Miskin, Fahrin Ahmad takpun Abg Sazali Samad kita.
Masa tu baru lah sedap gua nak sarong tshirt xs tak berlengan gua. Nak keluar jalan-jalan pegi beraya pun tak segan itu jam.
Dan ni ada sikit info gua nak kongsi sama lu orang tentang keistimewaan bulan ramadhan.
Puasa dapat membantu proses detoksifikasi dalam badan kita. Detoksifikasi bermaksud membersihkan badan daripada bahan buangan atau toksin. Kalo lu orang nak tau time kita berpuasa, organ badan membersih dan berehat. Sekali asparagus ia dapat mempercepatkan proses perkumbuhan dan pembentukan semula sel-sel badan. Cool bukan?

Puasa juga dapat menolong metabolisma badan untuk menjadi lebih stabil. Kadar gula, lemak dan garam dalam badan akan menurun disebabkan pengurangan pengambilan makanan justeru memudahkan badan kita untuk proses detoksifikasi. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi juga dapat dikawal dengan lebih mudah. Jadi ia dapat mengurangkan daripada lu orang ambil dos yang berlebihan.

Tapi gua nak tanya lu orang satu soalan

Drive-Thru mana yang layan di bulan ramadhan selain McD,KFC dan BK?


- Hero Gadis Gadis -


Luar Biasa Baik

Bulan Ramadhan mengingatkan aku kepada suatu perkara ketika aku di universiti dulu. Aku hampir terjerumus ke arena Multi Level Marketing.
Ini semua kerana buka puasa free punya pasal. Cilake sungguh!

Tetapi alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana terselamat dari kegiatan tersebut. Ada ke patut diorang nak aku bayar rm2000 untuk join movement diorang. Apa lancau?!

Berikut adalah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh budak-budak MLM untuk mempengaruhi mangsa:-

1. sampai bila kau nak jadi camni je?
2. kau tanak hantar orang tua kau naik haji?
3. tak guna simpan duit banyak-banyak!
4. kau tak teringin ke nak pakai kete mewah?
5. kalo nak seribu daya kalo tanak seribu dalih
6. kau tanak tolong adik-adik ko sambung belaja?
7. kau tak teringin ke gaji bulanan kau melebihi 5 ke 6 angka?
8. sampai bila kau nak makan gaji?

Diorang ni semua pandai cerita je. Kerja nak tipu duit orang je lebih!

Aku masih tertanya-tanya adakah brader-brader yang racun aku dulu untuk masuk jadi downline diorang masih LUAR BIASA BAIK?

Dengar cerita kome pun duk makan gaji lagi
udah-udah la chor!

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa Lagi Lu Orang Mau?

Hadiah Hari Raya paling bermakna

Mereka bermalam di rumah aku pada 11-13 November ni

Brazillian Troops 5 December 2009
Dalam firasat aku tiket mungkin agak mahal
so standby duit lebih sikit

Kepada budak-budak sXe diminta tunggu dengan penuh kesabaran


*Tengah kumpul duit mau bawak See You Next Tuesday mari sini.



Ahad, 16 Ogos 2009

Banana Boat!

jom la naik banana boat tu..
'aku tak der sen la beb.'
jom la aku belanja... baru RM 5..
' kalo ko belanja OK ler..'

lalu kedua sepupu ni pon dgn penuh semangat menaiki banana boat yg terletak de tepi pantai tanpa menghiraukan nasihat dan 'concern' dari sepupu2 yang lain..

setelah hampir beberapa meter banana boat itu di tarik dengan laju tiba2 ianya terbalik.. maka menggelupur la kesemua 'jantan jalanan jahanam' ini terhumban ke laut.. dengan bersusah payah dan pucat2 takot mereka naik semula dan diseret kembali ke tepi pantai sambil control hensem dan mengandaikan tiada apa2 yang berlaku... setelah tibe ditepi pantai..

nasib baik aku tak naik tadi.. kalau tak mesti lemas.. ( tegur seorang sepupu yg tak ikut naik )

'nak lemas kenapa pulak? memang dia saja la buat jatuh2 mcm tu, lagipon tempat tu bukannya dalam.., ' sahut salah seorang sepupu yang muka pucatnya masih belum hilang dek kerana cuak jatuh dalam laut tadi..

'ces.., ada jugak yang nampak kitorang jatuh tadi, ingatkan jauh tak nampak' kata hati kecil ku.. sememangnya semua yang jatuh tu takut dan cuak dan tak tau pon nak terhumban ke laut.. control jer ..hehehehehehe

Khamis, 13 Ogos 2009

Budayakan Salam Islam Dalam Kehidupan.

Apabila membaca satu artikel teguran dari Tuan Guru berkenaan salam 'Satu Malaysia' di tv perdana Malaysia sekarang nie, aku teringat cerita pasal sorang member dari Sri Lanka yg bukan beragama Islam sewaktu aku ditugaskan di Dubai. Cerita dia kali pertama sewaktu sampai di Dubai, dia memang tertarik cara orang Islam memberi dan menjawab salam. 'Really honest and friendly' walaupun tak kenal sesama sendiri katanya. Dia cuba mempraktikkan salam tersebut namun suatu hari ketika di tahan pegawai penguasa di sana, beliau di tegur selepas pegawai tersebut mengetahui dia bukan beragama Islam kerana memberi salam menyerupai salam seorang Islam. Barulah dia tahu bahawa memberi dan menerima salam itu merupakan satu doa sesama Islam. Pegawai tersebut tidak menggalakkan beliau meneruskan salam tersebut kerana boleh mengelirukan dan pegawai itu sendiri serba salah untuk menjawab salam daripada orang bukan Islam.

Berbalik kepada cerita ketika kali pertama berjumpa aku dia tertarik untuk memberi salam tetapi niatnya terpadam apabila teringatkan kisah ketika ditahan penguasa di sana. Dan sebelum aku pulang ke Malaysia dia sempat menghantar aku pulang dari pejabat ke hotel sambil beseloroh, I wish I could wish the same 'salam' on you one day' dengan rasa ikhlas. Aku jadi serba salah...

So, Indahnya Islam itu sebenarnya mudah diperlihatkan hanya dengan memeri salam penuh sesama Islam. Itu sahaja sudah memadai sebagai pengenalan tentang keindahan Islam yang menarik minat bukan Islam untuk mengikut budaya Islam itu sendiri.

Jadi renung-renungkan...

Selasa, 11 Ogos 2009

Engineer Atau Cleaner?


Setelah selesai lunch kat LCCT aku dengan Mel (partner aku) pun terus bergegas naik kereta untuk masuk kerja balik

Seperti biasa pekerja cemerlang macam aku dengan Mel akan dilayan begitu istimewa oleh pihak syarikat. Ini dapat dibuktikan apabila kami layak untuk memasuki kawasan airport melalui Post Guard 3

Bukan calang-calang orang yang boleh masuk melalui post guard ni
Hanya insan-insan terpilih saja yang dibenarkan

Apabila aku dan Mel sampai di post guard tersebut
Kitorang pun macam biasa la mengikut prosedur sebelum memasuki kawasan airport

Kena check sane check sini dengan polis bantuan
Apabila polis bantuan cakap okay baru la kitorang boleh beredar

Tetapi dalam ramai-ramai polis bantuan tu..ada sorang tu usha aku macam tak puas hati. Biasa la polis bantuan..lagaknye mengalahkan ketua Balai Polis Bukit Puchong

Tapi dalam hati aku berkata mungkin dia cemburu dengan gaya keterampilan aku yang begitu segak ni. Ade tokoh engineer barangkali

Lalu aku pun buat muka ketat jalan depan dia
Dan tiba-tiba die tegur aku

Polis Bantuan: Bang..
Aku: Ye saya (muka masih ketat ketika itu)
Polis Bantuan: kerja company mana bang?
Aku: Air Atlanta..kenapa?
Polis Bantuan: abang cleaner ke kat sane? Ade kerja kosong tak? Saya nak masukkan adik saya yang baru abes spm la..
Aku: (serta-merta aku terdiam..lalu aku terus beredar)

Hmmm..
Cukup sampai di sini
Aku sudah tiada nafsu untuk menulis

*Dengar cerita La Quiete mau turun sini
Sama-sama kita tunggu!



Isnin, 10 Ogos 2009

Pelakon Bulan Ini


ZACK TAIPAN


Nama Penuh : Zulkifli Bin Isa
Tempat Lahir : Johor
Tarikh Lahir : Rahsia
Bangsa : Melayu
Watak Idaman : Ahli Korporat


Jika anda seorang penonton tegar drama Melayu
Anda pasti mengenali beliau

Ahad, 9 Ogos 2009

Kisah Di Bilik Puaka

lu mau kerja ke tamau kerja?
kalau lu mau tido lu boleh balik!!”

Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan..
Tak boleh bersenang-lenang..
Berehat sekejap Uncle Gobind pun meradang..
Kerja berat takut reput tulang..
Reput tulang...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Setem Di Pawagam - 30 Julai 2009

Wokeh Geng! Kemunculannya di nanti-nanti. SETEM sudahpun mula di tayangkan di pawagam bermula 30 July lepas. Jom sama-sama saksikan filem tersebut di pawagam berhampiran anda.

Festival Filem Malaysia Ke-22-Keputusan

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.

Anugerah Perdana FFM ke - 22 dimenangi oleh:

1. Filem Terbaik - Papadom Arahan Afdlin Shauki
2. Pengarah Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
3. Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki
4. Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay
5. Lakon Layar Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
6. Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki - Papadom


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 baru sahaja melabuhkan tirainya, satu-satunya anugerah untuk penggiat seni filem tanah air yang wajar diberi lebih liputan meluas berbanding anugerah-anugerah hiburan tanahair yang lain.

Tahniah dan takziah juga buat keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad yang walaupun masih lagi bersedih dengan pemergian allahyarham mereka masih lagi datang untuk memberi sokongan padu untuk penggiat-penggiat seni tanah air.

Setinggi-tinggi tahniah buat Afdlin Shauki kerana menerima banyak anugerah pada festival kali ini. Semoga beliau akan terus menyambung kesinambungan dan tradisi filem-filem Allahyarham Jasmin Ahmad dalam membentuk dan membuka minda masyarakat lebih-lebih lagi minda orang Melayu untuk terus menerima keterbukaan dalam beberapa perkara dari segi realiti dan aspek kehidupan yang positif dinegara yang berbilang bangsa ini. Tahniah kepada pemenang!

Rabu, 5 Ogos 2009

Cerita Hantu Malaysia - SKRIP 7707

Baru-baru ni aku pegi la bawak anak isteri dan sepupu sepapat pi layan cerita Skrip 7707, cerita hantu seram yang tak berapa nak best. Jalan cerita yang dah boleh diagak apa kesudahannya. Kalau cerita pasal filem kat Malaysia nie satu-satunya genre seram yang tangkap gigil pada pandangan aku ialah Jangan Pandang Belakang la apa lagi. Tapi nak dapat tengok cerita-cerita seram mcm JPB dapat la dalam 10 tahun sekali. Kalau penonton perasan ada beberapa cerita yang ada dalam Skrip 7707 ni adalah cerita-cerita yang pernah kita dengar dari mulut ke mulut suatu ketika dulu seolah-olah dah tak ada idea lain dah yang boleh buat penonton tertanya-tanya apa kesudahannya. Harap-harap penerbit lepas ni bekerja lebih keras untuk pecah rekod JPB..

Ok beb, tak nak komen lebih-lebih, cuma aku pon tertunggu-tunggu kemunculan genre komedi yang lebih mengancam dari Afdlin Shauki lepas ni.. So sama-sama kita tunggu filem 'Setem' lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathya dan Harun Salim Bachik.

Ahad, 2 Ogos 2009

Bagaimanakah Nasib Arbok-Arbok Chow Kit Selepas Ini?


Malam minggu yang lepas gua bersama beberapa sepupu gua pergi bersiar-siar di sekitar ibukota untuk melihat aksi-aksi mat kereta dan tidak ketinggalan mat rempit.

Gua sudah lama tak turun town sejak kebelakangan ini
Sibuk menyelesaikan masalah percintaan member-member gua

Beginilah nasib "Hero Gadis-Gadis"
Gua sering diminta untuk memberi nasihat dan juga tunjuk ajar
Dalam arena percintaan ni
Hmmm..

Dalam kesibukan kota malam tu
Sepupu gua boleh pulak ajak tawaf Lorong Haji Taib
Nak kacau Arbok katanya

Gua ikutkan sajalah
Tengah best usha Arbok
Tiba-tiba mata gua terarah ke satu lot bangunan
Lot bangunan tersebut bewarna biru putih yang hampir siap
Dari pembikinan dan tertera perkataan
"BALAI POLIS CHOW KIT"

Gua jadi terkejut
Bila masa pulak ada balai polis kat sini
Dan gua terus terfikir

"mungkinkah sudah berakhir zaman kegemilangan Lorong Haji Taib?"

Kemanakah arah tuju arbok-arbok disana selepas ini?

- Hero Gadis-Gadis -

Satu Malaysia

Kenapa RTM1 selalu putarkan lagu-lagu patriotik nyanyian Roy Azman je?

Sekali-sekala cuba la putarkan lagu seperti di bawah.
Baru Satu Malaysia beb!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Semoga Selamat Bro!



Mamat yang tidak mempunyai bulu kaki diatas adalah kawan baik aku
Hampir dua tahun aku tak bersua muka dengan dia
Semenjak dia menetap di Dublin bersama kakaknya

Dulu dia bekerja di Malaysia Airlines
Kini menjadi "penganggur tegar" di sana

Pada 8 Oktober ni insyallah dia akan menjalani pembedahan
Di Beaumont Hospital, Dublin bagi menggantikan tempurung kepalanya

YE TEMPURUNG KEPALA BAI!!

Untuk pengetahuan korang
Mamat yang boleh di label sebagai "Hero Gadis-Gadis" ni pernah
Mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya

Suku daripada tempurung kepalanya terpaksa dibuang
Dalam tempoh dua tahun lebih juga lah sebahagian daripada
Otaknya hanya dilindungi oleh kulit kepala

Awesome bukan?

Tapi aku kurang pasti dengan apa lancau material
Yang akan digunakan oleh doktor disana untuk
Menggantikan tempurung kepalanya

Dan seluruh kos pembedahan mamat ni ditaja penuh

Oleh government disana
Cool sungguh!!

Aku disini hanya boleh mendoakan keselamatan kau je bro
Insyallah pembedahan berjalan dengan lancar
Semoga selamat.

Amin