Sabtu, 8 Ogos 2009

Festival Filem Malaysia Ke-22-Keputusan

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.

Anugerah Perdana FFM ke - 22 dimenangi oleh:

1. Filem Terbaik - Papadom Arahan Afdlin Shauki
2. Pengarah Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
3. Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki
4. Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay
5. Lakon Layar Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
6. Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki - Papadom


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 baru sahaja melabuhkan tirainya, satu-satunya anugerah untuk penggiat seni filem tanah air yang wajar diberi lebih liputan meluas berbanding anugerah-anugerah hiburan tanahair yang lain.

Tahniah dan takziah juga buat keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad yang walaupun masih lagi bersedih dengan pemergian allahyarham mereka masih lagi datang untuk memberi sokongan padu untuk penggiat-penggiat seni tanah air.

Setinggi-tinggi tahniah buat Afdlin Shauki kerana menerima banyak anugerah pada festival kali ini. Semoga beliau akan terus menyambung kesinambungan dan tradisi filem-filem Allahyarham Jasmin Ahmad dalam membentuk dan membuka minda masyarakat lebih-lebih lagi minda orang Melayu untuk terus menerima keterbukaan dalam beberapa perkara dari segi realiti dan aspek kehidupan yang positif dinegara yang berbilang bangsa ini. Tahniah kepada pemenang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan