Rabu, 5 Ogos 2009

Cerita Hantu Malaysia - SKRIP 7707

Baru-baru ni aku pegi la bawak anak isteri dan sepupu sepapat pi layan cerita Skrip 7707, cerita hantu seram yang tak berapa nak best. Jalan cerita yang dah boleh diagak apa kesudahannya. Kalau cerita pasal filem kat Malaysia nie satu-satunya genre seram yang tangkap gigil pada pandangan aku ialah Jangan Pandang Belakang la apa lagi. Tapi nak dapat tengok cerita-cerita seram mcm JPB dapat la dalam 10 tahun sekali. Kalau penonton perasan ada beberapa cerita yang ada dalam Skrip 7707 ni adalah cerita-cerita yang pernah kita dengar dari mulut ke mulut suatu ketika dulu seolah-olah dah tak ada idea lain dah yang boleh buat penonton tertanya-tanya apa kesudahannya. Harap-harap penerbit lepas ni bekerja lebih keras untuk pecah rekod JPB..

Ok beb, tak nak komen lebih-lebih, cuma aku pon tertunggu-tunggu kemunculan genre komedi yang lebih mengancam dari Afdlin Shauki lepas ni.. So sama-sama kita tunggu filem 'Setem' lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathya dan Harun Salim Bachik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan