Isnin, 31 Ogos 2009

Kenapa Kita Kena Puasa!

adapun makna berpuasa itu adalah 'menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengelakkan daripada melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa'

tapi...,

apalah maknanya kita menahan lapar dan dahaga kalau...

- tidur di siang hari dari pukul 6 pagi sampai 6 petang .. lepas tu yang betul puasanya sejam lebih sikit jer.. (harap maklum perbuatan ini adalah makruh, buleh kureng beb pahala puasa..)

- tapi kita menonton cerita-cerita hiburan di kaca tv dengan susuk tubuh artis2 wanita kita yang jenis pakai baju tak cukup kain... lebih2 lagi kalau kita perasan sekrg ada 2-3 kerat artis yg baru bergelar janda atau sinonim dengan gelaran 'mak jan' habis dah tercampak sumua tudung dan baju jubah yg baru jer beli dan pakai seminggu lepas kawin..kononnya nak berubah..

- bukan aje kat tv, time sambil2 beli juadah pon kita masih lagi berniat nak cuci mata, bukan dgn juadah, tapi dgn amoi2 yg tumpang sekaki dok sibuk beli sarapan petang kat pasar ramadhan.. putih2 gebu2 dengan short pants, lepas tu t-shirt tak berlengan.. ermmm nice! macam kueh samosa 0.70 kat bandar kinrara.. kecur air liur aku.. kat kuih samosa lah!

- beli juadah2 yang ntah apa rasa macam nak buat simpanan musim perang.. asal warna dia cantik nampak menarik, nah kau sekali beli RM 5.. itu baru kuih, belum dengan ayam percik, kuih samosa 0.70 kat bandar kinrara tu.. air tebu dgn air soya lagi.. kan ke membazir sume tu.. membazir tu sedara sape? ha.. kan syaitan dah jawab!

- lepas tu bila tibe masa buka pose, minum air macam duduk kat gurun sahara.., 2-3 kole sekali teguk.. bila perut dah kembung dgn air, tu dengan kuih RM 5 yag dah beli tadi, ayam percik, kuih samosa tu sapa nak makan...? membazir tak?

- bila dah kenyang, mula la berat jer.. nak betulkan kain pelekat dan masuk bilik air ambik air sembahyang.. ada setgh tu sempat pulak baring2 depan tv tengok trek selebriti lagi.. bilal dah melaung2 ni panggil suruh jemaah terawikh kat masjid..

- sambil baring2 tu terlelap la pulak.. dgn harapan buleh bangun buat isya' dgn tahajjud, tapi kalau yg benda senang nak control macam disebut di atas tak leh nak buat, sama2 la kita pikir sendiri...!

jadi renung2kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan