Apabila membaca satu artikel teguran dari Tuan Guru berkenaan salam 'Satu Malaysia' di tv perdana Malaysia sekarang nie, aku teringat cerita pasal sorang member dari Sri Lanka yg bukan beragama Islam sewaktu aku ditugaskan di Dubai. Cerita dia kali pertama sewaktu sampai di Dubai, dia memang tertarik cara orang Islam memberi dan menjawab salam. 'Really honest and friendly' walaupun tak kenal sesama sendiri katanya. Dia cuba mempraktikkan salam tersebut namun suatu hari ketika di tahan pegawai penguasa di sana, beliau di tegur selepas pegawai tersebut mengetahui dia bukan beragama Islam kerana memberi salam menyerupai salam seorang Islam. Barulah dia tahu bahawa memberi dan menerima salam itu merupakan satu doa sesama Islam. Pegawai tersebut tidak menggalakkan beliau meneruskan salam tersebut kerana boleh mengelirukan dan pegawai itu sendiri serba salah untuk menjawab salam daripada orang bukan Islam.
Berbalik kepada cerita ketika kali pertama berjumpa aku dia tertarik untuk memberi salam tetapi niatnya terpadam apabila teringatkan kisah ketika ditahan penguasa di sana. Dan sebelum aku pulang ke Malaysia dia sempat menghantar aku pulang dari pejabat ke hotel sambil beseloroh, I wish I could wish the same 'salam' on you one day' dengan rasa ikhlas. Aku jadi serba salah...
So, Indahnya Islam itu sebenarnya mudah diperlihatkan hanya dengan memeri salam penuh sesama Islam. Itu sahaja sudah memadai sebagai pengenalan tentang keindahan Islam yang menarik minat bukan Islam untuk mengikut budaya Islam itu sendiri.
Jadi renung-renungkan...
ORANG USA
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan