Sabtu, 1 Ogos 2009

Semoga Selamat Bro!



Mamat yang tidak mempunyai bulu kaki diatas adalah kawan baik aku
Hampir dua tahun aku tak bersua muka dengan dia
Semenjak dia menetap di Dublin bersama kakaknya

Dulu dia bekerja di Malaysia Airlines
Kini menjadi "penganggur tegar" di sana

Pada 8 Oktober ni insyallah dia akan menjalani pembedahan
Di Beaumont Hospital, Dublin bagi menggantikan tempurung kepalanya

YE TEMPURUNG KEPALA BAI!!

Untuk pengetahuan korang
Mamat yang boleh di label sebagai "Hero Gadis-Gadis" ni pernah
Mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya

Suku daripada tempurung kepalanya terpaksa dibuang
Dalam tempoh dua tahun lebih juga lah sebahagian daripada
Otaknya hanya dilindungi oleh kulit kepala

Awesome bukan?

Tapi aku kurang pasti dengan apa lancau material
Yang akan digunakan oleh doktor disana untuk
Menggantikan tempurung kepalanya

Dan seluruh kos pembedahan mamat ni ditaja penuh

Oleh government disana
Cool sungguh!!

Aku disini hanya boleh mendoakan keselamatan kau je bro
Insyallah pembedahan berjalan dengan lancar
Semoga selamat.

Amin








2 ulasan: