Rabu, 26 Ogos 2009

Badan Ketak Dalam Pembikinan


Tatkala gua sedang menulis entri ni gua baru perasan perut gua yang dulunya hanya satu pack kini sudah menunjukkan ciri-ciri ke arah enam pack. Baru masuk hari kelima berpuasa perut gua telah menunjukkan perubahan yang cukup memberangsangkan. Ini semua berkat usaha gua melakukan senaman perut dan dengan adanya losyen mustajab ia sedikit sebanyak dapat membantu.Terima kasih losyen mustajab!

Insyallah penghujung ramadhan ni gua akan dapat potongan badan yang ideal. Masa tu badan gua mesti dah sama line dengan Jihan Miskin, Fahrin Ahmad takpun Abg Sazali Samad kita.
Masa tu baru lah sedap gua nak sarong tshirt xs tak berlengan gua. Nak keluar jalan-jalan pegi beraya pun tak segan itu jam.
Dan ni ada sikit info gua nak kongsi sama lu orang tentang keistimewaan bulan ramadhan.
Puasa dapat membantu proses detoksifikasi dalam badan kita. Detoksifikasi bermaksud membersihkan badan daripada bahan buangan atau toksin. Kalo lu orang nak tau time kita berpuasa, organ badan membersih dan berehat. Sekali asparagus ia dapat mempercepatkan proses perkumbuhan dan pembentukan semula sel-sel badan. Cool bukan?

Puasa juga dapat menolong metabolisma badan untuk menjadi lebih stabil. Kadar gula, lemak dan garam dalam badan akan menurun disebabkan pengurangan pengambilan makanan justeru memudahkan badan kita untuk proses detoksifikasi. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi juga dapat dikawal dengan lebih mudah. Jadi ia dapat mengurangkan daripada lu orang ambil dos yang berlebihan.

Tapi gua nak tanya lu orang satu soalan

Drive-Thru mana yang layan di bulan ramadhan selain McD,KFC dan BK?


- Hero Gadis Gadis -


Tiada ulasan:

Catat Ulasan