Bulan Ramadhan mengingatkan aku kepada suatu perkara ketika aku di universiti dulu. Aku hampir terjerumus ke arena Multi Level Marketing.
Ini semua kerana buka puasa free punya pasal. Cilake sungguh!
Tetapi alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana terselamat dari kegiatan tersebut. Ada ke patut diorang nak aku bayar rm2000 untuk join movement diorang. Apa lancau?!
Berikut adalah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh budak-budak MLM untuk mempengaruhi mangsa:-
1. sampai bila kau nak jadi camni je?
2. kau tanak hantar orang tua kau naik haji?
3. tak guna simpan duit banyak-banyak!
4. kau tak teringin ke nak pakai kete mewah?
5. kalo nak seribu daya kalo tanak seribu dalih
6. kau tanak tolong adik-adik ko sambung belaja?
7. kau tak teringin ke gaji bulanan kau melebihi 5 ke 6 angka?
8. sampai bila kau nak makan gaji?
Diorang ni semua pandai cerita je. Kerja nak tipu duit orang je lebih!
Aku masih tertanya-tanya adakah brader-brader yang racun aku dulu untuk masuk jadi downline diorang masih LUAR BIASA BAIK?
Dengar cerita kome pun duk makan gaji lagi
udah-udah la chor!
ORANG USA
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan