jom la naik banana boat tu..
'aku tak der sen la beb.'
jom la aku belanja... baru RM 5..
' kalo ko belanja OK ler..'
lalu kedua sepupu ni pon dgn penuh semangat menaiki banana boat yg terletak de tepi pantai tanpa menghiraukan nasihat dan 'concern' dari sepupu2 yang lain..
setelah hampir beberapa meter banana boat itu di tarik dengan laju tiba2 ianya terbalik.. maka menggelupur la kesemua 'jantan jalanan jahanam' ini terhumban ke laut.. dengan bersusah payah dan pucat2 takot mereka naik semula dan diseret kembali ke tepi pantai sambil control hensem dan mengandaikan tiada apa2 yang berlaku... setelah tibe ditepi pantai..
nasib baik aku tak naik tadi.. kalau tak mesti lemas.. ( tegur seorang sepupu yg tak ikut naik )
'nak lemas kenapa pulak? memang dia saja la buat jatuh2 mcm tu, lagipon tempat tu bukannya dalam.., ' sahut salah seorang sepupu yang muka pucatnya masih belum hilang dek kerana cuak jatuh dalam laut tadi..
'ces.., ada jugak yang nampak kitorang jatuh tadi, ingatkan jauh tak nampak' kata hati kecil ku.. sememangnya semua yang jatuh tu takut dan cuak dan tak tau pon nak terhumban ke laut.. control jer ..hehehehehehe
ORANG USA
7 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan