Rabu, 16 Disember 2009

Donia Akhir Zaman..



KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak....

APA SUDAH JADI??

Jumaat, 4 Disember 2009

Gurau Kasar...





Dalam sibuk-sibuk gua membaca berita dunia akhir zaman ni, terfikir pulak gua akan pasangan si Fadzli ni.

Kalau Fadzli, yang lelaki, dengan mudah menukar dirinya menjadi gadis sunti, tak mustahil jugak pasangan lelakinya dulu sebenarnya gadis sunti, yang bertukar menjadi jantan macho. Dunia kan dah maju..

Selasa, 1 Disember 2009

Bila Tidak Berilmu...


Para Nabi juga pernah berdoa mohon Allah S.W.T Melaknat Firaun (gelaran bagi raja dizaman itu) kerana kezalimannya..

APA PERSAMAANNYA??
Kerana RASUAH itu juga salah satu bentuk KEZALIMAN jua adanya..
Sedarlah, apa yang ingin di pertahankan oleh Tok Guru adalah HAK rakyatnya yang patut diterima 18 tahun yang lampau. Bukan isu 'DOA' tetapi isu 'HAK'.

KENAPA??
Terengganu sudah menerima HAK mereka sejak kerajaan sekarang memerintah.

APA HAK MEREKA??
5% ROYALTI dari hasil carigali minyak dikawasan negeri.

BERAPA??
Penggal Ke-2 2008, mereka menerima hampir RM460,800 juta (tempoh 6 bulan sahaja
Bayangkan HAK rakyat Kelantan selama 18 tahun yang TIDAK DITERIMA. Berapakah jumlahnya??

Sedarlah selagi kamu semua mahu mereka yang menzalimi hak kamu memimpin kamu, maka kesenangan hanya milik kamu sementara, bukan untuk generasi kamu kerana ianya bakal tergadai di tangan 'DALANG-DALANG WAYANG' yang kamu pilih...

Aku bukan FANATIK, tetapi aku melihat dari setiap kerdipan anak mata mereka yang rata-ratanya masih lagi mengayuh beca mencari rezeki, bersusah payah ke laut dengan kelengkapan yang mundur, menjemur ikan di atas para zink yang usang. Apa guna kesenangan aku jika saudara-saudaraku masih lagi begini nasibnya.. Mereka sepatutnya lebih mewah nasibnya berbanding aku di lembah BARAT yang hasil negerinya semakin kurang..

Isnin, 30 November 2009

Tiada Yang Siapa Yang Menghalang........




Tiada FRU
Tiada Pancutan Air
Tiada Gas Pemedih Mata
Tiada Siapa Di Kasari
Tiada Permit.. eh ada kot??

Sastera - Bapa Penulisan Melayu Moden


Terbakar hati aku bila baca pandangan cetek Drs. M.Hum Sudibyo dari Universiti Gajah Mada melalui penulisan sasterawan negara Mazlan Nordin dalam kolumn di sebuah akhbar perdana tentang Munsyi Abdullah (1796-1854 M).
Perhatian! Munsyi Abdullah adalah merupakan Bapa Penulisan Melayu Moden sekitar tahun 1830 - 1854. Melalui karyanya yang pertama Syair Singapura Terbakar sehinggalah ke Hikayat Pelayaran beliau yang menjadi karya agung ketamadunan sastera nusantara. Drs.M.H.S seolah-olah memandandang remeh perubahan yang dibawa oleh Munsyi Abdullah terhadap perkembangan pendidikan bangsa Melayu pada waktu itu dengan hanya memandang keperibadian beliau yang memang akrab dengan penjajah-penjajah di zamannya.

Tidak dinafikan keakraban Munsyi Abdullah dengan Rafles memang tiada tolok bandingnya. Di dalam Hikayat Munshi Abdullah itu sendiri menceritakan bagaimana hormatnya Munsyi Abdullah dengan Rafles, tetapi kerana hormatnya Abdullah dengan Rafles, maka tinggi pula hormat Rafles kepada Abdullah. Maka setinggi-tinggi hormat itu hanya boleh di perolehi dengan ilmu yang ada pada Abdullah, bukan keran pangkat dan kekayaannya. Arakian Sultan yang juga kaya dan berkuasa pada waktu itupun tidak boleh menundukkan Rafles bangsa penjajah yang mengaut keuntungan dari kehebatan Melaka dan Singapura pada waktu itu, malah tertipu juga sultan yang memerintah Singapura pada waktu itu kerana ketidakupayaan beliau menguasai ilmu pendidikan.

Maka terdapat perbezaan antara mata Abdullah bin Muhammad Al-Misri tentang persekitaran penjajahan Belanda di tanah Jawa dengan mata Abdullah Munsyi dengan bangsa Melayu di bumi Melaka dan Singapura ketika di jajah Inggeris. Di Jawa, Belanda bertindak kejam dengan bangsa tersebut malah kita juga mengetahui kekejaman Belanda apabila mereka menguasai Melaka.

Persamaan kedua-dua penjajah ini ialah mereka tidak menghormati budaya orang lain, menjajah untuk kepentingan mereka dan bermacam lagi. Tetapi Inggeris tidak sekejam Belanda. Inggeris juga membawa perubahan, malah banyak perkara di bumi Malaysia ini masih lagi mengikut proses perundangan dari zaman penjajahan mereka. Ini realiti dan fakta yang tidak boleh diubah!

Maka untuk mengatakan Munsyi Abdullah memuji kekejaman penjajah adalah satu konspirasi negatif tanpa diketahui tujuaannya, kerana Abdullah juga menceritakan kekejaman Belanda dizaman pedudukan Belanda di Melaka. Apa yang dipuji Abdullah adalah corak pemerintahan Inggeris, cara pejajahan yang kebanyakkannya lebih bersistematik dan berperikemanusiaan.
Di awal penulisan beliau juga banyak memohon maaf kerana beliau juga mengkritik sikap bangsa Melayu yang selalu dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Bangsa Melayu yang pada ketika itu tidak berpendidikan hatta tidak mempunyai walau satu hurufpun untuk diterjemahkan di atas helain kulit. Beliaulah yang mengkaji setiap patah perkataan dan nahu untuk dijadikan huruf (didalam bahasa jawi) ketika itu sehingga diterjemahnya setiap perkataan dalam bahasa Melayu dan berhurufkan jawi. Kemudia datang Inggeris menjajah, dikajinya pula huruf romawi untuk di terjemahkan setiap perkataan bahasa Melayu di dalam suku kata berhuruf romawi.

Maka terpulanglah kepada generasi kita samada untuk mengenang dengan budi atau mengenang dengan keji tentang pengabdian seseorang tentang sesuatu perkara yang membawa kesenangan kepada orang lain.

Persamaan yang ditulis oleh Drs. M.Hum Sudibyo tentang penulisan Abdullah bin Muhammad Al-Misri dan Munsyi Abdullah banyak bezanya. Geografi mereka sahaja sudah berbeza, persekitaran mereka berduapun berbeza apatah lagi cara penjajahan yang dilakukan oleh 2 penjajah yang berbeza.

Ahad, 8 November 2009

Melayu dan Black Magic - Sihir la..


Al-kisah bercerita tentang 'black magic' dan bangsa Melayu, aku sedih dengan bangsaku sendiri. Di zaman segala bermacam benda serba canggih ni, masih ada lagi golongan yang menggunakan kepakaran tahyul ini untuk memenuhi tuntutan hasad dengki mereka. Tak puas hati aku!

Dah tu berhasad dan berdengki dengan bangsa yang seagama dengan mereka.. lagi bodoh!

Dan aku tak berniat nak bercerita tentang siapa yang menggunakannya, kepada siapa di tujukan, dan siapa yang memulihkan, tapi aku berharap mereka yang masih lagi mempunyai perasaan hasad dengki sesama bangsa dan menanam niat untuk menggunakan kepada mangsa yang seagama dan sebangsa dengannya, bertaubatlah.. kerana dunia kita bukan hanya dunia yang sementara ini.. akan ada hari pembalasan kelak...

Selasa, 13 Oktober 2009

Papadom


Baru aku tau kenapa filem ni menang untuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.



Tipikal Melayu

Tengah sedap gua berborak sama Burn cerita perihal masalah peribadi di Restoran 24jam Alpha Maju tiba-tiba datang seorang uncle berbangsa India menuju ke arah gua. Dalam firasat gua tak lain nak mintak derma bina kuil la ni tetapi ternyata firasat gua jauh meleset. Bila uncle tu sampai je depan gua dia pun cakap....


Uncle: excuse me young man, you look so handsome with your fuckin' beard
Gua: owh really? thanks for the compliment old man!


Tiba-tiba gua perasan Burn sudah usha gua lain macam. Muka penuh dengan perasaan yang amat dengki. Gua hanya mampu senyum macam Datuk K je masa tu..
Tipikal melayu betul member gua sekor ni.


- Hero Gadis Gadis -

Parking

Setiap insan mempunyai citarasa dan mahukan keselesaan untuk diri masing-masing bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Bagaimana pula dengan anda diluar sana?
* Sila klik imej untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas *

Ahad, 4 Oktober 2009

Menculik Miyabi


Seperti sedia maklum kepada kaki-kaki porno diluar sana pasti sudah mengetahui
akan berita mengenai bintang porno terkenal yang berasal dari Jepun iaitu Maria Ozawa
akan membintangi sebuah filem dari Indonesia yang akan ditayangkan pada akhir tahun ini oleh Maxima Pictures.

Menurut penulis filem ini , Raditya Dika yang juga membawa watak sebagai seorang pemuda yang akan mendampingi Maria Ozawa dalam filem tersebut menyatakan filem ini bebas dari kevulgaran dan bukan filem porno. Tetapi ia adalah sebuah filem komedi.
Dan kepada die hard fans Maria Ozawa diluar sana jikalau ada duit lebih anda boleh lah terbang ke Indonesia pada tarikh 15 - 22 Oktober 2009 ini untuk bertemu beliau secara langsung.

So sama-sama kita tunggu :)


Gore-Gore Gadget Yawww!!








Aku malas nak tulis untuk entri kali ni.
Aku dah ngantok tahap Pak Lah dah ni. Bye!


Jumaat, 25 September 2009

Bila Akan Berkurangan...

Setiap kali musim perayaan, tak kira la raya puasa ke, tahun baru cina ker, deepavali ker mesti ada kes-kes cam gini.. apa sebenarnya yang perlu dilakukan lagi?? OPS SIKAP yang gomen buat sejak 4-5 tahun lepas sekadar mengira statistik kemalangan maut yang berlaku hampir setiap hari musim perayaan.. pencegahan?? ntah ler ada ke pencegahan?? setakat saman aku rasa pemandu2 kat malaysia dah biasa dah bayar, bayar saman macam bayar bil air& elektrik kat kaunter pejabat pos...

Aku teringat ada satu musim hari raya puasa waktu aku pulang berhari raya di kampung bini aku di Pantai Timur, jalan menghala ke Pantai Timur dari Raub-Lipis-Gua Musang-Kuala Krai di penuhi oleh peronda encik2 JPJ dan polis trafik. Apa mereka buat?? Ya buat pertama kalinya aku bersetuju yang mereka benar-benar bekerja bagi mengurangkan statistik kemalangan di jalan tersebut.. macam mana?? Mereka akan mendahului mana2 konvoi atau deretan kereta yang menghala ke sesebuah daerah.. di belakang sekali peronda trafik.. dengan cara ini mereka dapat mengawal kelajuan pemandu2 yang berada di belakang sekaligus memberi amaran kepada pemandu kurang ajar yang jenis memotong macam jalan tu bapak dia yang turap..

Dan aku rasa statistik kemalangan di jalan berkenaan berkurang pada tahun tersebut.. Masalahnya kenapa ianya tak diteruskan di lebuhraya Utara-Selatan yang banyak meragut nyawa setiap kali musim raya?? Pelik.. adakah kos tinggi yang menjadi ukuran?? Ntah le Menteri Pengangkutan jer la yang buleh jawab..

Lagi satu aku pelik jugak bila lori2 dan bas2 ekspres bawak laju semacam atas jalan.. bongok betul! Selfish!!! Aku doakan satu hari nanti diorg insaf.. tak langsung pikir masa depan orang lain..

So kepada mereka2 yang jenis bawak kenderaan macam jalan tu bapak dia yang turap..AWAS!!! Masa anda mungkin akan tiba... Beringat sebelum kena..


Ahad, 13 September 2009

Ganyang Sama Lu Orang!



aku cukup kagum dengan sifat nasionalis mereka
kalah jika nak dibandingkan dengan masyarakat kita disini
tetapi mereka ni cepat melatah dan begitu senang dipengaruh
oleh golangan-golongan tertentu untuk agenda dan kepentingan masing-masing
sehinggakan mereka bertindak agak keterlaluan

tetapi masyarakat kita disini masih lagi tenang
anggap tidak ada apa-apa perkara yang berlaku
masih leka menonton sinetron-sinetron dari seberang yang
dibarisi pelakon-pelakon wanita yang bermisai nipis
masih lagi mengundi lagu-lagu dari seberang di carta radio-radio tempatan

tetapi kalau perihal Kampung Buah Pala
perihal kuil di Shah Alam
perihal ISA
perihal kandang babi


LU ORANG MEMANG CHAMPION!


Tapi kalau benda-benda yang tak semenggah macam ni lu orang memang cepat. Cilake!





Sabtu, 12 September 2009

Tatkala Bulan Berwarna Biru

di saat aku keliru dgn propaganda politik,
di saat aku termenung dgn keadaan semasa,
di saat aku memikirkan masa depan anak bangsa,
aku terkedu melihat mereka berlumba di anak tangga..
bahayanya..,
itu sahaja termampu,
kerana aku tiada mampu...

di saat mata fokus memerhati,
di saat telinga asyik mendengar,
di saat hati berkata 'itu betul',
di saat akal berkata 'nanti dulu',
aku ke bilik cuma melenyapkan seketika nafsu gelora,

di saata badan terbaring separuh kaku,
di saat hati kacau dan di rasuk,
di saat akal masih bertahan dgn tenang,
pacaindera terganggu dgn haruman berahi,
aku ke dapur dan terus buka puasa!

aku terkedu!

Isnin, 31 Ogos 2009

Kenapa Kita Kena Puasa!

adapun makna berpuasa itu adalah 'menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengelakkan daripada melakukan perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa'

tapi...,

apalah maknanya kita menahan lapar dan dahaga kalau...

- tidur di siang hari dari pukul 6 pagi sampai 6 petang .. lepas tu yang betul puasanya sejam lebih sikit jer.. (harap maklum perbuatan ini adalah makruh, buleh kureng beb pahala puasa..)

- tapi kita menonton cerita-cerita hiburan di kaca tv dengan susuk tubuh artis2 wanita kita yang jenis pakai baju tak cukup kain... lebih2 lagi kalau kita perasan sekrg ada 2-3 kerat artis yg baru bergelar janda atau sinonim dengan gelaran 'mak jan' habis dah tercampak sumua tudung dan baju jubah yg baru jer beli dan pakai seminggu lepas kawin..kononnya nak berubah..

- bukan aje kat tv, time sambil2 beli juadah pon kita masih lagi berniat nak cuci mata, bukan dgn juadah, tapi dgn amoi2 yg tumpang sekaki dok sibuk beli sarapan petang kat pasar ramadhan.. putih2 gebu2 dengan short pants, lepas tu t-shirt tak berlengan.. ermmm nice! macam kueh samosa 0.70 kat bandar kinrara.. kecur air liur aku.. kat kuih samosa lah!

- beli juadah2 yang ntah apa rasa macam nak buat simpanan musim perang.. asal warna dia cantik nampak menarik, nah kau sekali beli RM 5.. itu baru kuih, belum dengan ayam percik, kuih samosa 0.70 kat bandar kinrara tu.. air tebu dgn air soya lagi.. kan ke membazir sume tu.. membazir tu sedara sape? ha.. kan syaitan dah jawab!

- lepas tu bila tibe masa buka pose, minum air macam duduk kat gurun sahara.., 2-3 kole sekali teguk.. bila perut dah kembung dgn air, tu dengan kuih RM 5 yag dah beli tadi, ayam percik, kuih samosa tu sapa nak makan...? membazir tak?

- bila dah kenyang, mula la berat jer.. nak betulkan kain pelekat dan masuk bilik air ambik air sembahyang.. ada setgh tu sempat pulak baring2 depan tv tengok trek selebriti lagi.. bilal dah melaung2 ni panggil suruh jemaah terawikh kat masjid..

- sambil baring2 tu terlelap la pulak.. dgn harapan buleh bangun buat isya' dgn tahajjud, tapi kalau yg benda senang nak control macam disebut di atas tak leh nak buat, sama2 la kita pikir sendiri...!

jadi renung2kan...

Jumaat, 28 Ogos 2009

Uniknya Ramadhan

Tahukah anda permintaan beg plastik hitam ( bukan beg plastik sampah) di bulan Ramadhan adalah sangat tinggi berbanding di bulan-bulan Islam yang lain?

Kepada kutu-kutu "drivethru" sekalian, amalkan empat perkara ini :-

1. Minimakan pemilihan lauk-pauk.
2. Pilih air minuman yang universal seperti air sirap.
3. Sediakan wang cukup-cukup ketika membayar.
4. Beredar dari kedai dengan segera.

Rabu, 26 Ogos 2009

Badan Ketak Dalam Pembikinan


Tatkala gua sedang menulis entri ni gua baru perasan perut gua yang dulunya hanya satu pack kini sudah menunjukkan ciri-ciri ke arah enam pack. Baru masuk hari kelima berpuasa perut gua telah menunjukkan perubahan yang cukup memberangsangkan. Ini semua berkat usaha gua melakukan senaman perut dan dengan adanya losyen mustajab ia sedikit sebanyak dapat membantu.Terima kasih losyen mustajab!

Insyallah penghujung ramadhan ni gua akan dapat potongan badan yang ideal. Masa tu badan gua mesti dah sama line dengan Jihan Miskin, Fahrin Ahmad takpun Abg Sazali Samad kita.
Masa tu baru lah sedap gua nak sarong tshirt xs tak berlengan gua. Nak keluar jalan-jalan pegi beraya pun tak segan itu jam.
Dan ni ada sikit info gua nak kongsi sama lu orang tentang keistimewaan bulan ramadhan.
Puasa dapat membantu proses detoksifikasi dalam badan kita. Detoksifikasi bermaksud membersihkan badan daripada bahan buangan atau toksin. Kalo lu orang nak tau time kita berpuasa, organ badan membersih dan berehat. Sekali asparagus ia dapat mempercepatkan proses perkumbuhan dan pembentukan semula sel-sel badan. Cool bukan?

Puasa juga dapat menolong metabolisma badan untuk menjadi lebih stabil. Kadar gula, lemak dan garam dalam badan akan menurun disebabkan pengurangan pengambilan makanan justeru memudahkan badan kita untuk proses detoksifikasi. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolestrol yang tinggi juga dapat dikawal dengan lebih mudah. Jadi ia dapat mengurangkan daripada lu orang ambil dos yang berlebihan.

Tapi gua nak tanya lu orang satu soalan

Drive-Thru mana yang layan di bulan ramadhan selain McD,KFC dan BK?


- Hero Gadis Gadis -


Luar Biasa Baik

Bulan Ramadhan mengingatkan aku kepada suatu perkara ketika aku di universiti dulu. Aku hampir terjerumus ke arena Multi Level Marketing.
Ini semua kerana buka puasa free punya pasal. Cilake sungguh!

Tetapi alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana terselamat dari kegiatan tersebut. Ada ke patut diorang nak aku bayar rm2000 untuk join movement diorang. Apa lancau?!

Berikut adalah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh budak-budak MLM untuk mempengaruhi mangsa:-

1. sampai bila kau nak jadi camni je?
2. kau tanak hantar orang tua kau naik haji?
3. tak guna simpan duit banyak-banyak!
4. kau tak teringin ke nak pakai kete mewah?
5. kalo nak seribu daya kalo tanak seribu dalih
6. kau tanak tolong adik-adik ko sambung belaja?
7. kau tak teringin ke gaji bulanan kau melebihi 5 ke 6 angka?
8. sampai bila kau nak makan gaji?

Diorang ni semua pandai cerita je. Kerja nak tipu duit orang je lebih!

Aku masih tertanya-tanya adakah brader-brader yang racun aku dulu untuk masuk jadi downline diorang masih LUAR BIASA BAIK?

Dengar cerita kome pun duk makan gaji lagi
udah-udah la chor!

Selasa, 18 Ogos 2009

Apa Lagi Lu Orang Mau?

Hadiah Hari Raya paling bermakna

Mereka bermalam di rumah aku pada 11-13 November ni

Brazillian Troops 5 December 2009
Dalam firasat aku tiket mungkin agak mahal
so standby duit lebih sikit

Kepada budak-budak sXe diminta tunggu dengan penuh kesabaran


*Tengah kumpul duit mau bawak See You Next Tuesday mari sini.



Ahad, 16 Ogos 2009

Banana Boat!

jom la naik banana boat tu..
'aku tak der sen la beb.'
jom la aku belanja... baru RM 5..
' kalo ko belanja OK ler..'

lalu kedua sepupu ni pon dgn penuh semangat menaiki banana boat yg terletak de tepi pantai tanpa menghiraukan nasihat dan 'concern' dari sepupu2 yang lain..

setelah hampir beberapa meter banana boat itu di tarik dengan laju tiba2 ianya terbalik.. maka menggelupur la kesemua 'jantan jalanan jahanam' ini terhumban ke laut.. dengan bersusah payah dan pucat2 takot mereka naik semula dan diseret kembali ke tepi pantai sambil control hensem dan mengandaikan tiada apa2 yang berlaku... setelah tibe ditepi pantai..

nasib baik aku tak naik tadi.. kalau tak mesti lemas.. ( tegur seorang sepupu yg tak ikut naik )

'nak lemas kenapa pulak? memang dia saja la buat jatuh2 mcm tu, lagipon tempat tu bukannya dalam.., ' sahut salah seorang sepupu yang muka pucatnya masih belum hilang dek kerana cuak jatuh dalam laut tadi..

'ces.., ada jugak yang nampak kitorang jatuh tadi, ingatkan jauh tak nampak' kata hati kecil ku.. sememangnya semua yang jatuh tu takut dan cuak dan tak tau pon nak terhumban ke laut.. control jer ..hehehehehehe

Khamis, 13 Ogos 2009

Budayakan Salam Islam Dalam Kehidupan.

Apabila membaca satu artikel teguran dari Tuan Guru berkenaan salam 'Satu Malaysia' di tv perdana Malaysia sekarang nie, aku teringat cerita pasal sorang member dari Sri Lanka yg bukan beragama Islam sewaktu aku ditugaskan di Dubai. Cerita dia kali pertama sewaktu sampai di Dubai, dia memang tertarik cara orang Islam memberi dan menjawab salam. 'Really honest and friendly' walaupun tak kenal sesama sendiri katanya. Dia cuba mempraktikkan salam tersebut namun suatu hari ketika di tahan pegawai penguasa di sana, beliau di tegur selepas pegawai tersebut mengetahui dia bukan beragama Islam kerana memberi salam menyerupai salam seorang Islam. Barulah dia tahu bahawa memberi dan menerima salam itu merupakan satu doa sesama Islam. Pegawai tersebut tidak menggalakkan beliau meneruskan salam tersebut kerana boleh mengelirukan dan pegawai itu sendiri serba salah untuk menjawab salam daripada orang bukan Islam.

Berbalik kepada cerita ketika kali pertama berjumpa aku dia tertarik untuk memberi salam tetapi niatnya terpadam apabila teringatkan kisah ketika ditahan penguasa di sana. Dan sebelum aku pulang ke Malaysia dia sempat menghantar aku pulang dari pejabat ke hotel sambil beseloroh, I wish I could wish the same 'salam' on you one day' dengan rasa ikhlas. Aku jadi serba salah...

So, Indahnya Islam itu sebenarnya mudah diperlihatkan hanya dengan memeri salam penuh sesama Islam. Itu sahaja sudah memadai sebagai pengenalan tentang keindahan Islam yang menarik minat bukan Islam untuk mengikut budaya Islam itu sendiri.

Jadi renung-renungkan...

Selasa, 11 Ogos 2009

Engineer Atau Cleaner?


Setelah selesai lunch kat LCCT aku dengan Mel (partner aku) pun terus bergegas naik kereta untuk masuk kerja balik

Seperti biasa pekerja cemerlang macam aku dengan Mel akan dilayan begitu istimewa oleh pihak syarikat. Ini dapat dibuktikan apabila kami layak untuk memasuki kawasan airport melalui Post Guard 3

Bukan calang-calang orang yang boleh masuk melalui post guard ni
Hanya insan-insan terpilih saja yang dibenarkan

Apabila aku dan Mel sampai di post guard tersebut
Kitorang pun macam biasa la mengikut prosedur sebelum memasuki kawasan airport

Kena check sane check sini dengan polis bantuan
Apabila polis bantuan cakap okay baru la kitorang boleh beredar

Tetapi dalam ramai-ramai polis bantuan tu..ada sorang tu usha aku macam tak puas hati. Biasa la polis bantuan..lagaknye mengalahkan ketua Balai Polis Bukit Puchong

Tapi dalam hati aku berkata mungkin dia cemburu dengan gaya keterampilan aku yang begitu segak ni. Ade tokoh engineer barangkali

Lalu aku pun buat muka ketat jalan depan dia
Dan tiba-tiba die tegur aku

Polis Bantuan: Bang..
Aku: Ye saya (muka masih ketat ketika itu)
Polis Bantuan: kerja company mana bang?
Aku: Air Atlanta..kenapa?
Polis Bantuan: abang cleaner ke kat sane? Ade kerja kosong tak? Saya nak masukkan adik saya yang baru abes spm la..
Aku: (serta-merta aku terdiam..lalu aku terus beredar)

Hmmm..
Cukup sampai di sini
Aku sudah tiada nafsu untuk menulis

*Dengar cerita La Quiete mau turun sini
Sama-sama kita tunggu!



Isnin, 10 Ogos 2009

Pelakon Bulan Ini


ZACK TAIPAN


Nama Penuh : Zulkifli Bin Isa
Tempat Lahir : Johor
Tarikh Lahir : Rahsia
Bangsa : Melayu
Watak Idaman : Ahli Korporat


Jika anda seorang penonton tegar drama Melayu
Anda pasti mengenali beliau

Ahad, 9 Ogos 2009

Kisah Di Bilik Puaka

lu mau kerja ke tamau kerja?
kalau lu mau tido lu boleh balik!!”

Beginilah nasib diriku yang malang oh tuhan..
Tak boleh bersenang-lenang..
Berehat sekejap Uncle Gobind pun meradang..
Kerja berat takut reput tulang..
Reput tulang...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Setem Di Pawagam - 30 Julai 2009

Wokeh Geng! Kemunculannya di nanti-nanti. SETEM sudahpun mula di tayangkan di pawagam bermula 30 July lepas. Jom sama-sama saksikan filem tersebut di pawagam berhampiran anda.

Festival Filem Malaysia Ke-22-Keputusan

Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad.

Anugerah Perdana FFM ke - 22 dimenangi oleh:

1. Filem Terbaik - Papadom Arahan Afdlin Shauki
2. Pengarah Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
3. Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki
4. Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay
5. Lakon Layar Terbaik - Allahyarham Yasmin Ahmad - Talentime
6. Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki - Papadom


Anugerah Festival Filem Malaysia ke-22 baru sahaja melabuhkan tirainya, satu-satunya anugerah untuk penggiat seni filem tanah air yang wajar diberi lebih liputan meluas berbanding anugerah-anugerah hiburan tanahair yang lain.

Tahniah dan takziah juga buat keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad yang walaupun masih lagi bersedih dengan pemergian allahyarham mereka masih lagi datang untuk memberi sokongan padu untuk penggiat-penggiat seni tanah air.

Setinggi-tinggi tahniah buat Afdlin Shauki kerana menerima banyak anugerah pada festival kali ini. Semoga beliau akan terus menyambung kesinambungan dan tradisi filem-filem Allahyarham Jasmin Ahmad dalam membentuk dan membuka minda masyarakat lebih-lebih lagi minda orang Melayu untuk terus menerima keterbukaan dalam beberapa perkara dari segi realiti dan aspek kehidupan yang positif dinegara yang berbilang bangsa ini. Tahniah kepada pemenang!

Rabu, 5 Ogos 2009

Cerita Hantu Malaysia - SKRIP 7707

Baru-baru ni aku pegi la bawak anak isteri dan sepupu sepapat pi layan cerita Skrip 7707, cerita hantu seram yang tak berapa nak best. Jalan cerita yang dah boleh diagak apa kesudahannya. Kalau cerita pasal filem kat Malaysia nie satu-satunya genre seram yang tangkap gigil pada pandangan aku ialah Jangan Pandang Belakang la apa lagi. Tapi nak dapat tengok cerita-cerita seram mcm JPB dapat la dalam 10 tahun sekali. Kalau penonton perasan ada beberapa cerita yang ada dalam Skrip 7707 ni adalah cerita-cerita yang pernah kita dengar dari mulut ke mulut suatu ketika dulu seolah-olah dah tak ada idea lain dah yang boleh buat penonton tertanya-tanya apa kesudahannya. Harap-harap penerbit lepas ni bekerja lebih keras untuk pecah rekod JPB..

Ok beb, tak nak komen lebih-lebih, cuma aku pon tertunggu-tunggu kemunculan genre komedi yang lebih mengancam dari Afdlin Shauki lepas ni.. So sama-sama kita tunggu filem 'Setem' lakonan Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathya dan Harun Salim Bachik.

Ahad, 2 Ogos 2009

Bagaimanakah Nasib Arbok-Arbok Chow Kit Selepas Ini?


Malam minggu yang lepas gua bersama beberapa sepupu gua pergi bersiar-siar di sekitar ibukota untuk melihat aksi-aksi mat kereta dan tidak ketinggalan mat rempit.

Gua sudah lama tak turun town sejak kebelakangan ini
Sibuk menyelesaikan masalah percintaan member-member gua

Beginilah nasib "Hero Gadis-Gadis"
Gua sering diminta untuk memberi nasihat dan juga tunjuk ajar
Dalam arena percintaan ni
Hmmm..

Dalam kesibukan kota malam tu
Sepupu gua boleh pulak ajak tawaf Lorong Haji Taib
Nak kacau Arbok katanya

Gua ikutkan sajalah
Tengah best usha Arbok
Tiba-tiba mata gua terarah ke satu lot bangunan
Lot bangunan tersebut bewarna biru putih yang hampir siap
Dari pembikinan dan tertera perkataan
"BALAI POLIS CHOW KIT"

Gua jadi terkejut
Bila masa pulak ada balai polis kat sini
Dan gua terus terfikir

"mungkinkah sudah berakhir zaman kegemilangan Lorong Haji Taib?"

Kemanakah arah tuju arbok-arbok disana selepas ini?

- Hero Gadis-Gadis -

Satu Malaysia

Kenapa RTM1 selalu putarkan lagu-lagu patriotik nyanyian Roy Azman je?

Sekali-sekala cuba la putarkan lagu seperti di bawah.
Baru Satu Malaysia beb!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Semoga Selamat Bro!



Mamat yang tidak mempunyai bulu kaki diatas adalah kawan baik aku
Hampir dua tahun aku tak bersua muka dengan dia
Semenjak dia menetap di Dublin bersama kakaknya

Dulu dia bekerja di Malaysia Airlines
Kini menjadi "penganggur tegar" di sana

Pada 8 Oktober ni insyallah dia akan menjalani pembedahan
Di Beaumont Hospital, Dublin bagi menggantikan tempurung kepalanya

YE TEMPURUNG KEPALA BAI!!

Untuk pengetahuan korang
Mamat yang boleh di label sebagai "Hero Gadis-Gadis" ni pernah
Mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya

Suku daripada tempurung kepalanya terpaksa dibuang
Dalam tempoh dua tahun lebih juga lah sebahagian daripada
Otaknya hanya dilindungi oleh kulit kepala

Awesome bukan?

Tapi aku kurang pasti dengan apa lancau material
Yang akan digunakan oleh doktor disana untuk
Menggantikan tempurung kepalanya

Dan seluruh kos pembedahan mamat ni ditaja penuh

Oleh government disana
Cool sungguh!!

Aku disini hanya boleh mendoakan keselamatan kau je bro
Insyallah pembedahan berjalan dengan lancar
Semoga selamat.

Amin








Khamis, 30 Julai 2009

Daging Lampu

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

Engineer Atau Near The Engine?



Macam biasa aku akan datang lewat setengah jam ke tempat kerja
Telah menjadi perkara biasa bagi mereka yang bekerja di Air Atlanta.

Bila aku melangkah masuk je ke ofis aku tengok semua orang dok rilek
Uncle Gobind macam biasa la dengan ym dia..tak padan dengan umur
Romeo pulak aku tengok sedang sibuk bergayut dengan chikaro filipino dia

Di selang seli dengan senyum simpulnya.

Haffi tak habis-habis dengan Sigur Ros nya

begitu fanatik dengan band yang berasal dari kampung halamannya ini
Saelli pulak terus menggelupur bila nampak kelibat aku masuk ke ofis
Buat-buat busy pulak dia..macam aku tak tau je dia tengah layan redtube
Macam haram!

Aku rasa pelik..takde kapal masuk ke malam ni?
Semua orang nampak tenang je
Aku pun bergegas pergi tengok board jadual keluar masuk kapal
Mane tau kot-kot ada chance aku balik awal malam ni
Bila aku tengok je kat board harapan aku terus hancur

Musnah umpama tak dapat pergi tengok konsert envy
Rupa-rupanya Juliet (nama timangan kapal terbang) akan masuk pukul 04:00 nanti..
Damn!

Jam kat henset aku baru pukul 20:23..awal lagi ni
Baik aku keluar pergi ronda-ronda jap
Kebetulan dalam perjalanan aku kua dari ofis aku

Terserempak dengan Rizal yakni driver merangkap

Runner di tempat kerja aku
Lepas tu dia terus ajak aku pergi keluar makan

Rizal: bro jom follow aku pergi makan
Aku: ok gak tu aku pun tengah lapar ni..nak lepak kedai mana?
Rizal: jom kita lepak Bondi..aku teringin nak makan ayam goreng penyet
Aku: eh ok gak tu..aku pun da lame tak usha awek-awek indon kat sana

Tanpa melengahkan masa kitorang pun terus memecut van company ke sana
Setelah selesai makan dan usha awek lebih kurang aku pun ajak Rizal balik ofis
Setibanya aku di ofis tiba-tiba mata aku ni rasa berat semacam
Macam ada benda berat yang tergantung kat bulu mata aku
Aku mula panik! Cemas!

Tetapi setelah beberapa minit aku mulai sedar
Hatiku berbisik..”astaga aku mengantuk rupenya”
Aku pun terus pergi ke restroom untuk melayankan mata aku yang berat ni

Sedang aku lena diulit intan
Tiba-tiba ade suara garau kejutkan aku dalam bahasa inglish
Tapi agak pelik bunyi inglish nya..ada pelat-pelat Iceland
Owh rupe-rupenye Haffi yang kejutkan aku

Cilake punye omputeh!


Lebih senang untuk memahami orang Kelantan cakap inglish berbanding orang Iceland

Kena dengar betol-betol beb!

Jam kat henset aku menunjukkan pukul 03:58..shit!!
Aku pun terus pergi toilet basuh muka aku yang separa licin ni
Tak lama lepas tu Juliet pun sampai disulami dengan bunyian enjin Rolls Royce
Aku pun terus menuju ke kapal untuk melakukan visual inspection
Berbekalkan lampu picit aku pun melakukan tanggungjawab aku

Sedang aku sibuk meneliti di bahagian fuselage
Ada sorang mamat MAS ni menuju ke arah aku dengan muka takut-takut
Hati aku berbisik “apahal pulak mamat ni?”
Lalu dia bertanya kat aku

Mamat MAS: excuse me..encik ni Engineer Air Atlanta kan?
Aku: (belum sempat aku nak cakap dia da potong cakap aku)
Mamat MAS: boleh tak saya naik ke atas kapal nak amek air tin?
Aku: minta maaf hanya staff Air Atlanta saja yang dibenarkan naik!!
(muka aku agak serius dan ketat ketika itu)

Lalu aku terus beredar tanpa mempedulikannya
Aku berasa begitu bongkak pada saat itu
Lagak aku tidak ubah seperti engineer melayu pertama yang kerja kat Air Atlanta
Kira aku ni setaraf dengan Haffi, Saelli, Olli
Tidak ku sangka aku ni ade gaya engineer rupenya
Mungkin juga disebabkan rupa paras aku yang seakan-akan kebaratan ini
Menyebabkan sesetengah orang keliru jawatan sebenar aku di Air Atlanta

Belum pun puas untuk aku meninggi diri
Tiba-tiba ade satu lontaran suara yang agak kuat kedengaran
Seolah-olah ditujukan kat aku

“woi budak!! lu pergi amek trak then you angkut skali landing gear punye equipment.
Ade 3 tayar kita mau kasi tukar.. “

“kasi cepat!! Kerja macam lembu saja”

Sambil memandang dengan penuh dendam
Hatiku berbisik….

“Cilake punya uncle Gobind”